Pages

Tuesday, April 20, 2010

Tentang Saya

Korok adalah singkatan kepada tengkorak. Dalam loghat Kelantan tengkorak dipanggil “korok”. Digunakan sebagai nama samaran oleh saya sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Asal-usul panggilan ini bermula dari seorang guru di sekolah rendah saya, Cikgu Mustapha pada tahun 1992 yang mengatakan saya kurus kering umpama tengkorak. Lantas kawan-kawan pada ketika itu terus memanggil saya “korok”. Saya tidak terasa dengan panggilan itu, malah berasa bangga kerana panggilan itu telah menjadikan saya “Tengkorak Paling Hensem” di alam dunia ini dari dulu hingga sekarang.

Sekarang setelah 18 tahun berlalu, saya masih lagi tengkorak seperti dulu. Cuma bezanya sekarang ialah saya bertambah hensem dan bergaya. Semua orang tahu bahawa tiada satu pun tengkorak di dunia ini yang bekerja malah memakai kemeja bertali leher ke tempat kerjanya pada hari Isnin. Hari Selasa tengkorak ini memakai pakaian korporat ala-ala F1 gitu, Rabu beruniform Seni Silat, Khamis berbaju batik dan Jumaat berbaju Melayu bersampin. Tidak hensem lagikah tengkorak ini?

Cukuplah setakat ini sebagai pengenalan diri, blog ini dicipta pun bukan kerana ingin mempromosikan kehenseman yang saya miliki, namun ia dicipta untuk berkongsi maklumat dan diskusi ilmu yang diharapkan boleh dimanfaatkan oleh kita semua.

Fokus kandungan blog ini adalah berkisar tentang.....

Salam,

Alwi Che Ismail.